Rabu, 21 Ogos 2013

sajak ciptaan ku

MALAYSIA KU TERCINTA


Tanggal 31 Ogos 1957,
Negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan,
Yang mana,
Di impikan oleh setiap manusia di pelusuk dunia.

Jika dahulu,
Nyawa-nyawa pejuang negara terkorban,
Jika dahulu,
Para wanita menjadi balu,
Jika dahulu,
Nenek moyang kita hidup dalam ketakutan.
Dan jika dahulu,
Keriangan anak tua dan muda telah dihapuskan.

Tetapi kini,
Kita hidup dalam keriangan dan ketenteraman,
Para wanita tidak lagi menjadi balu,
Kita hidup dalam rezeki yang melimpah-luah.

Sehingga kian kita lupa,
Jasa nenek moyang kita yang sanggup bertarung nyawa,
Demi memerdekakan negara tercinta.

Maka bangkitlah wahai anak-anak muda
Daripada tidur lena mu,
Mari kita bersatu,
Demi membangunkan Malaysia,
Di mata dunia.


DADAH


Jika dahulu dadah ialah pengubat luka,
Malah ubat untuk mengurangkan kesakitan kita,

Tetapi kini,
Dadah ialah musuk negara yang pertama.,
Ia adalah peruntuh akhlak seseorang manusia,
Dan juga ubat untuk mempercepatkan kematian kita.

Tetapi mengapa,
Mengapa kita mengikut jalan yang tidak benar ini,
Jalan yang boleh merosakkan iman kita,
Jalan yang boleh manjahanamkan kita.
Mengapa, mengapa kita memilih jalan ini.

Adakah kerana mengikut rakan,
Adakah kerana kehendak diri,
Adakah kerana kita kesepian,
Ataupun,
Adakah kerana kita sudah bosan menunggu giliran kematian.

Tidakkah kau tahu dan mengerti,
Ia salah disisi agama,
Ia boleh meruntuhkan sesebuah negara.

Bangkitlah wahai anak-anak muda,
Bukalah mata mu seluas-luasnya,
Lihatlah betapa malunya keluarga mu, kawan mu, bahkan orang di sekitar mu
Ingatlah bahawa dadah ialah musuh utama

Selasa, 20 Ogos 2013

pantun saya

Pergi berkelah ditepi pantai,
Pemandangannya indah seperti lukisan,
Belajar di sekolah sehingga pandai
Bukankah datuk sudah berpesan?

Malaysiaku aman hidup bersatu,
Mejadi oedoman rakyat jelata,
Hidup di laut bertulangkan satu,
Apakah haiwan cubalah teka.

jawapan : sotong

Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?

Jawapan: Mancis

Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.

Jawapan: Baju Hujan

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Jawapan: Buah Hati

Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?

Jawapan: Buah Melaka

Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.

Jawapan: Bintang

Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

Jawapan: Kasut Bertali

Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Jawapan: Ular Dan Katak

Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

Jawapan: Lemang

Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi. 

Jawapan: Belon

Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.

Jawapan : Payung

Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?

Jawapan: Mayat

Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.

Jawapan: Anai-anai/Semut

Rabu, 17 Julai 2013

unit piawai

ini ialah pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) saya bagi B6 D1 E1 saya. harap anda dapat memberikan maklum balas kepada saya.


Isnin, 15 Julai 2013

sumber tenaga bab 6 tingkatan 1

pelbagai bentuk tenga

tenaga tidak boleh dibuat atau dihapuskan ia hanya boleh ditukar kepada jenis tenaga yang lain.
 
cerek air elektrik = tenaga elektrik - tenaga haba

televisyen = tenaga elektrik - tenaga cahaya + tenaga bunyi - tenaga haba


lilin = tenaga kimia - tenaga haba - tenaga cahaya


coretan saya

hari ini cikgu ajar saya tentang jenis-jenis tenaga. (sumber tenaga bab 6 tingkatan 1) cikgu tanya :

1.kalau tidak ada matahari  apa yang akan terjadi kepada kehidupan. cikgu kata cikgu hendak tanya esok.

jawapan saya:
- kalau tidak ada matahari tumbuhan akan mati kerana tumbuhan tidak boleh melakukan proses fotosintesis manakala manusia dan haiwan memerlukan gas oksigen yang dibekalkan oleh tumbuhan untuk proses respirasi dan juga bertujuan untuk bernafas. Jika tiadanya matahari kitaran makanan akan terjejas kerana haiwan yang hanya makan tumbuhan iaitu herbivor tidak mendapat makanan yang sepatutnya.

betulkah jawapan saya sila berikan ulasan anda. Terima kasih.

sejarah bab 1

Maksud sejarahIbnu Khaldunperadaban, perubahan, sifat-sifat masyarakat manusia.Herodotus – penceritaan tindakan manusia dan sebsb mereka melakukannya.Mohd Yusof Ibrahim – catatan atau rekod peristiwa masa lalu

Sumber sejarah
Sumber sejarah perlu dibuat tafsiran, pemilihan, pertimbangan, penilaian dan penyelidikan saintifik untuk membuktikan kebenaran atau kesasihan
Ciri-ciri sejarah
Tepat dan benarpengistiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan
Penting dan bermakna sambutan hari kemerdekaan
Sebab dan akibatsebab-sebab kemasukan imigran Cina dan India
sumber
Sumber terbahagi kepada dua iaitu sumber pertama yang dikenali sebagai sumber primer dan
 sumber kedua juga dikenali sumber sekunder

Sumber pertama
Sumber primer
Memberi gambaran tentang peradaban sebuah masyarakat
Bersifat asli dan belum diolah
a) Artifak, monumen, bahan ciptaan tinggalan sejarahterdapat di Tapak Bandar Kedah Tua dan Candi Lembah Bujang
b) Manuskrip / surat khabar sezaman (disimpan     di arkib negara )c) Batu bersurat di Kuala 
Terengganu (menunjukkan tarikh kedatangan islam dan penemuan tembaga purba pada kurun ke-13 dengan tulisan al-quran)
d) Catatan asal diari, buku harian, surat peribadi, mini – mini mesyuarat dan fail rasmi kerajaan
Sumber kedua
Sumber sekunder
Fakta yang diolah / diterbitkan (laporan majalah, jurnal, risalah, kajian, dan ensklopedia buku
Kaedah mendapat sumber sejarah
Terdapat 3 jenis kaedah untuk mendapatkan sumber sejarah seperti kaedah lisan, kaedah bertulis
catatan, kaedah arkeologi
Kaedah lisan
Temubual, ucapan, cerita, pengisahan
Tiada kebenaran atau kesasihan diragui kerana ditokok tambah dengan sastera rakyat seperti
mitos , dongeng, lagenda, dan puisi
Kaedah bertulis / catatan
Penulisan ahli sejarah dahulu seperti manuskrip.
Kaedah arkeologi
Cari gali
Sumber sebenar
Seperti : fosil, batu bersurat, dan artifak di gua