Rabu, 21 Ogos 2013

sajak ciptaan ku

MALAYSIA KU TERCINTA


Tanggal 31 Ogos 1957,
Negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan,
Yang mana,
Di impikan oleh setiap manusia di pelusuk dunia.

Jika dahulu,
Nyawa-nyawa pejuang negara terkorban,
Jika dahulu,
Para wanita menjadi balu,
Jika dahulu,
Nenek moyang kita hidup dalam ketakutan.
Dan jika dahulu,
Keriangan anak tua dan muda telah dihapuskan.

Tetapi kini,
Kita hidup dalam keriangan dan ketenteraman,
Para wanita tidak lagi menjadi balu,
Kita hidup dalam rezeki yang melimpah-luah.

Sehingga kian kita lupa,
Jasa nenek moyang kita yang sanggup bertarung nyawa,
Demi memerdekakan negara tercinta.

Maka bangkitlah wahai anak-anak muda
Daripada tidur lena mu,
Mari kita bersatu,
Demi membangunkan Malaysia,
Di mata dunia.


DADAH


Jika dahulu dadah ialah pengubat luka,
Malah ubat untuk mengurangkan kesakitan kita,

Tetapi kini,
Dadah ialah musuk negara yang pertama.,
Ia adalah peruntuh akhlak seseorang manusia,
Dan juga ubat untuk mempercepatkan kematian kita.

Tetapi mengapa,
Mengapa kita mengikut jalan yang tidak benar ini,
Jalan yang boleh merosakkan iman kita,
Jalan yang boleh manjahanamkan kita.
Mengapa, mengapa kita memilih jalan ini.

Adakah kerana mengikut rakan,
Adakah kerana kehendak diri,
Adakah kerana kita kesepian,
Ataupun,
Adakah kerana kita sudah bosan menunggu giliran kematian.

Tidakkah kau tahu dan mengerti,
Ia salah disisi agama,
Ia boleh meruntuhkan sesebuah negara.

Bangkitlah wahai anak-anak muda,
Bukalah mata mu seluas-luasnya,
Lihatlah betapa malunya keluarga mu, kawan mu, bahkan orang di sekitar mu
Ingatlah bahawa dadah ialah musuh utama

Selasa, 20 Ogos 2013

pantun saya

Pergi berkelah ditepi pantai,
Pemandangannya indah seperti lukisan,
Belajar di sekolah sehingga pandai
Bukankah datuk sudah berpesan?

Malaysiaku aman hidup bersatu,
Mejadi oedoman rakyat jelata,
Hidup di laut bertulangkan satu,
Apakah haiwan cubalah teka.

jawapan : sotong

Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?

Jawapan: Mancis

Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.

Jawapan: Baju Hujan

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Jawapan: Buah Hati

Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?

Jawapan: Buah Melaka

Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.

Jawapan: Bintang

Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

Jawapan: Kasut Bertali

Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Jawapan: Ular Dan Katak

Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

Jawapan: Lemang

Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi. 

Jawapan: Belon

Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.

Jawapan : Payung

Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?

Jawapan: Mayat

Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.

Jawapan: Anai-anai/Semut